Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Salawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.
Hari ini baca tentang Telaga Kautsar; golongan yg dapat minum air Telaga
Kautsar, Golongan paling awal minum air Telaga Kautsar, kaitan antara
wudhuk dan Telaga kautsar , Golongan yg dihalau dari Telaga Kautsar dan
beberapa tajuk yg berkaitan dengannya.
Di sini diringkaskan hasil pembacaan;
Org2 yg beriman wajib percaya bahawa satu perkara yg akan berlaku pada
hari akhirat ialah minum di "TELAGA KAUTSAR" dan patut berfikir dan
berusaha semasa di dunia ini bagaimana untuk dapat minum di Telaga
Kautsar.
Minum air telaga ini merupakan pemberian daripada "Ar-Rahim" Allah
terhadap hambaNya di akhirat. Dengan meneguk air daripada telaga ini
org2 beriman dpt menghilangkan dahaga sdgkan org2 kafir dan seumpamanya
tidak mendpt sebarang kurniaan Allah. Hanya
mereka yg benar2 beriman dgn akidah yg tulen dan beramal soleh, mukmin
dan bertakwa sahaja yg dapt menghirup air telaga Kautsar.
Ada sesetengah pendapat mengatakan org2 beriman akan dapat minum sebelum
amal manusia ditimbang. Ada juga berpendapat org2 beriman itu dapat
minum setelah berjaya melintasi titian sirat yg merentangi kawah api
neraka.
Imam Bukhari dlm sahihnya menyebut sebuah hadis daripada Abu Hurairah ra
bahawa Rasulullah saw bersabda; "Ketika aku berdiri melayan org2 minum
air telaga Kautsar, tiba2 aku melihat satu kumpulan manusia, lalu keluar
seorg dp kumpulan itu dan berkata kepadaku: "Mari kemari". Kemudian aku
bertanya kembali kepada org itu: "Ke mana?" jawab org itu : " Ke
neraka". Lalu aku bertanya kepada malaikat ttg org itu, jawab malaikat
bahawa org2 itu ialah org2 yg murtad".
Hadis ini menunjukkan bahawa telaga Kautsar itu berada di Padang
Mahsyar, sebelum seseorg itu dipaksa meniti sirat. Dijelaskan bahawa
pada ketika itu Nabi Muhammad saw sdg melayan org2 minum di telaga
Kautsar.
Abdullah bin Abbas ra berkata; "Ada org bertanya kpd Nabi Muhammad saw
ttg manusia di akhirat ketika menunggu disoal dan ditimbang sgl amalan.
Adakah mereka mendapat minuman dan juga makanan dpd Allah swt? Jawab
Nabi saw "Demi jiwaku berada digenggaman Tuhan, memang ada air ketika
aku menunggu di Mahsyar. Sesungguhnya wali2 Allah akan diberi peluang mengunjungi kolam Nabi-nabi". Wali2 Allah itu ialah mereka yg disebut dalam firman Allah swt yg bermaksud:
"Ketahuilah!
Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang
tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk
mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di
akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang
demikian itulah kejayaan yang besar". (Yunus [10] : 62 - 64)
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Zarr yg berkata :
Sesungguhnya aku bertanya kpd Rasulullah saw : "Adakah disediakan gayung
yg cukup bagi org mukmin yg ramai itu utk minum air telaga Kautsar?"
Jawab Nabi saw ; "Demi Tuhan yg jiwaku berada dalam genggamanNya,
sesungguhnya gayung telaga Kautsar itu lebih banyak dpd bintang di
langit".
Hadis dpd Abdullah Amru bin Al-'Ash menyebut : "Sesungguhnya luas telaga
Kautsar itu ialah kira2 sebulan perjalanan, lebarnya sama dengan
panjangnya, airnya putih jernih daripada perak dan baunya lebih harum dp
kasturi. Gelas minuman melebihi bintang di langit. Barangsiapa diberi
peluang oleh Allah swt minum air ini , nescaya tak akan dahaga
selama2nya".
Dpd hadis ini jika diukur dgn perjalanan pd zaman Nabi dahulu yg
menggunakan kenderaan unta, dalam kira2 sebulan perjalanan boleh
mengelilingi seluas bumi Syam yg kini meliputi negara Palestin, Syria,
Jordan dan Lubnan, manakala jika diukur dgn masa perjalanan sekarang dgn
menggunakan kapalterbang yg sangat laju, perjalanan sebulan itu mampu
mengelilingi dunia kira2 tiga puluh kali.
Walaupun telaga Kautsar itu luas, itu tidak menjamin semua umat Nabi
Muhammad saw dpt meneguknya. Banyak lagi hadis2 yg menerangkan ttg
barangsiapa yg dapat minum air dp telaga Kautsar ini pasti tidak akan
dahaga buat selama2nya.
Org2 yg berjaya menghampiri dan diberi minum air telaga ini bukan sahaja
dpt menghilangkan dahaga tetapi sudah tentu masa depannya selepas itu
cerah utk mendpt kebahagiaan, sebaliknya bagi org2 yg tidak dapat minum
dan dihaluu, mereka adalah golongan yg akan sengsara.
Rasulullah saw memberitahu para sahabat bahawa org yg paling awal dpt minum air telaga ini ialah org2 Muhajirin yg fakir miskin.
Ini krn mereka berhijrah semata2 krn Allah dan RasulNya bukan krn
harta dunia dan juga krn hendak menemui wanita yg hendak dinikahi.
Muhajirin adalah golongan mukmin yg paling berjasa terhdp Islam dan juga
Rasulullah saw. Penghijrahan mereka ke Madinah merupakan pengorbanan yg
besar, perjalanan mereka menempuh pelbagai kesukaran dan bahaya, belum
pasti mereka dpt kembali ke kota Mekah utk bertemu keluarga dan sanak
saudara. Org2 Muhajirin ini ada juga daripada hartawan, namun mereka
mengorbankan sgl kekayaan mereka demi menegakkan Islam, mereka menderma
separuh atau seluruhnya kepada Rasulullah saw utk perjuangan Islam spt
yg dilakukan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra.
Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik ra katanya:
Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ramai daripada umatku akan datang
bertemu dgn aku di Telaga Kautsar sehingga terlalu hampir denganku dan
aku amat mengenali mereka tetapi mereka telah dihalau jauh dari telaga
Kautsar oleh malaikat. Ya Rabbi, mengapa mereka diusir dari telagaku,
sedangkan mereka umatku? Tuhan menjelaskan kepadaku: "memang benar
mereka adalah umatmu, tetapi engkau tidak tahu akan apa yg dilakukan
oleh mereka selepas engkau wafat. Mereka itu murtad daripada ajaranmu."
Daripada hadis ini didapati bukan mudah
utk mengahmpiri telaga Kautsar ini. Sekadar jadi umat Nabi Muhammad saw
belum tentu dapat minum air telaga Kautsar. Murtad bkn semata2 kerana menyembah berhala atau tokong. Org sekarang tidak lagi menyembah berhala, tetapi kecenderungan utk bercakap berdasarkan logik akal atau mengikut hawa nafsu. Kadang2 memberikan pandangan negatif terhadap hukum2 Allah. Org yg dihalau ialah org2 murtad. Allah berfirman yg bermaksud:
"..
dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang
yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan
di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya
(selama-lamanya)" (Al-Baqarah [2] : 217)
Tentang murtad ini dihuraikan bahawa; Nabi Muhammad saw sendiri berasa
sedih krn sebahagian dp mereka yg dihalau itu adalah sebahagian daripada
kalangan umatnya sendiri. Walaupun baginda tidak dpt menemui mereka
namun Nabi mengenali krn ada tanda wudhuk pada anggota wudhuk sejak
mereka dibangkitkan daripada kubur. Walaupun Nabi memohon kpd Allah
supaya diberikan peluang kpd umatnya utk minum di telaga Kautsar namun
Allah menjelaskan bahawa dosa yg mereka lakukan bknlah sebarang dosa,
sebaliknya mereka telah murtad dpd agama sama ada dalam mereka sedar
ataupun sebaliknya. Justeru org2 murtad ini tidak ada kebajikan yg
tinggal utk dirinya krn semuanya telah hapus akibat murtad.
Org yg malas mendirikan solat hingga kdg2 meninggalkan solat tanpa
menafikan kefardhuan perintah solat; jika pada satu ketika dia insaf dan
menyesali dan bertaubat serta memperbaiki amalan dan menggantikan yg
tertinggal serta melakukan amalan soleh; jika taubat diterima oleh Allah
insyaAllah akan didekatkan dgn telaga Kautsar. Ini krn akidah mereka
tidak rosak. TETAPI andainya
mereka tidak solat dan beranggapan bahawa org yg solat sama sahaja dgn
org tak solat, anggapannya itu membawa maksud solat tidak wajib, boleh
solat atau boleh tinggalkan; org2 seperti ini akan dihalau dp telaga
Kautsar krn telah murtad (Wal'iyazubillah).
Penentang kebenaran juga dihalau
daripada telaga Kautsar. Selain itu golongan yg menyeleweng daripada
syariat Allah swt yakni menurut hawa nafsu tanpa mengira halal dan haram
asalkan nafsu mereka puas.
Penyokong
kezaliman juga akan dihalau daripada mendekati telaga Kautsar. Orang
yang zalim ialah org2 yg menyembunyikan kebenaran, mengambil hak org
lain secara batil, tidak mahu menjalankan syariat Allah dsbnya;
Perbuatan mereka bercanggah dgn perintah Allah. Allah berfirman
maksudnya: "Kebenaran
itu daripada Tuhannu, oleh sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk
dalam golongan orang-orang yang ragu" (Al-Baqarah [2] : 147).
Banyak
lagi tentang telaga Kautsar ini. Setakat ini sahaja yg dapat ditulis
mudah2an kita menjaga iman kita supaya tidak tergelincir, supaya nanti
kita dapat dikenali oleh Nabi kesayangan kita dan dapatlah kita minum di
telaga Kautsar dengan menggunakan gelas daripada emas.
1 komentar:
ajiiib
Posting Komentar